NOTIS MAKLUMAN

Dimaklumkan LPPSA telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembiayaan (Loan Management System – LMS) baharu dan telah beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2019.

Peguam Berdaftar LPPSA (setiap cawangan) dikehendaki melanggan modul Juris Credit bagi sebarang urusan berkenaan dokumentasi pembiayaan pelanggan LPPSA.

Kegagalan melanggan modul tersebut akan menyebabkan nama Peguam Berdaftar LPPSA tidak disenaraikan dalam sistem LMS dan seterusnya tidak boleh mengendalikan sebarang urusan pembiayaan pelanggan LPPSA..

Bagi tujuan melanggani modul tersebut, Peguam Berdaftar LPPSA yang belum tersenarai di dalam sistem LMS, sila emelkan Nama Firma, Alamat Firma, Nombor Telefon Firma, Nama Person In Charge kepada Juris Technologies Sdn Bhd melalui alamat emel berikut:-
           Alamat e-mel : helpdesk@juristech.net; dan
           
Sila abaikan notis ini jika firma anda telah:
1. Menghubungi Juris Technologies Sdn Bhd untuk melanggani modul tersebut;
2. Dalam proses penyediaan dan menandatangani perjanjian bersama Juris Technologies Sdn Bhd; atau
3. Menerima emel dari Juris Technologies Sdn Bhd berkenaan User ID firma anda untuk mengakses modul Juris Credit.

Sekiranya firma anda telah pun memulangkan perjanjian yang telah ditandatangani kepada Juris Technologies Sdn Bhd melalui kurier, Juris Technologies Sdn Bhd akan memaklumkan kepada firma User ID firma anda melalui emel.

Untuk makluman, kes-kes dokumentasi pembiayaan firma yang sedia ada tidak perlu diproses dalam modul Juris Credit. Hanya kes-kes baharu mula 1 April 2019 sahaja yang akan diproses dalam sistem Juris Credit. Sila proses kes-kes dokumentasi pembiayaan sebelum 1 April 2019 melalui proses yang sedia ada.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui portal aduan/pertanyaan rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my


Muat Turun Senarai Firma Guaman

Log In