mukabuku lppsa

SOALAN LAZIM

PEMBIAYAAN BERSAMA

 

Soalan :

Apakah yang dimaksudkan Pembiayaan Bersama?

 

Jawapan :

Pembiayaan bersama adalah permohonan pembiayaan perumahandaripada dua atau lebih individu untuk membeli satu hartanah yang sama.

Contoh pembiayaan bersama

Kelulusan pinjaman pemohon pertama RM 250,000.00
Kelulusan pinjaman pemohon kedua RM 150,000.00
Jumlah kelulusan pinjaman

RM 400,000.00

Soalan :

Apakah syarat layak bagi permohonan pembiayaan bersama?

 

Jawapan :

Syarat layak bagi permohonan pembiayaan bersama adalah:

  1. Pinjaman Bersama 1 (PB 1)
    1. Setiap pemohon hendaklah merupakan kakitangan sektor awam dimana kedua-duanya menggunakan pembiayaan LPPSA; atau
  2. Pinjaman Bersama 2 (PB 2)
    1. Sekurang-kurangnya seorang daripada pemohon adalah kakitangan sektor awam;
    2. Bagi pemohon pembiayaan bersama yang bukan kakitangan sektor awam, pemohon boleh menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri dan bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.

Ilustrasi adalah seperti di bawah:-

Pemohon 1 Pemohon 2

Pinjaman Bersama 1 (PB 1 )

LPPSA

( Kakitangan Sektor Awam )

LPPSA

( Kakitangan Sektor Awam )

Pinjaman Bersama 2 ( PB 2)

LPPSA

( Kakitangan Sektor Awam )

Bank

( Kakitangan Swasta )

Soalan :

Siapakah individu yang layak untuk memohon pembiayaan bersama?

 

Jawapan :

Pemohon pembiayaan bersama hendaklah terdiri daripada:

  1. Suami - Isteri
  2. Ibu/Bapa - Anak/Anak-anak (Anak Kandung)

Setiap pemohon hendaklah menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) yang sama.

 

Soalan :

Berapakah jumlah kelayakan pembiayaan yang layak dimohon oleh setiap pemohon pembiayaan bersama?

 

Jawapan :

Jumlah pembiayaan yang layak dimohon adalah tertakluk kepada kelayakan semasa setiap pemohon.

 

Soalan :

Apakah jenis pembiayaan yang dibenarkan bagi permohonan pembiayaan bersama?

 

Jawapan :

PB 1

  1. Bagi permohonan pembiayaan bersama antara kakitangan sektor awam, semua jenis pembiayaan adalah dibenarkan.

PB 2

  1. Bagi permohonan pembiayaan bersama antara pemohon kakitangan sektor awam dan pemohon kakitangan swasta, jenis pembiayaan yang dibenarkan adalah:
    1. Jenis 1: Rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap; dan
    2. Jenis 3: Rumah atau petak rumah kediaman yang dalam pembinaan.

 

Soalan :

Adakah permohonan pembiayaan bersama (PB 2) boleh dibuat dengan mana-mana institusi kewangan/ agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri?

 

Jawapan :

Ya, dengan syarat institusi kewangan/ agensi tersebut bersetuju untuk menjadi pemegang gadaian kedua.

 

Soalan :

Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon dari kalangan kakitangan swasta untuk membuat permohonan bersama?

 

 

Jawapan :

Kriteria kelayakan adalah tertakluk kepada garis panduan institusi pembiaya yang dimohon.

 

Soalan :

Bagaimana proses untuk mendapatkan pembiayaan bersama (PB2) daripada institusi kewangan lain bagi tujuan gadaian kedua?

 

Jawapan :

Pemohon perlu mengemukakan pemohonan kepada Lembaga terlebih dahulu. Jika terdapat pemohonan yang diluluskan dengan wang beza, pemohon boleh mengemukakan pemohonan gadaian kedua kepada institusi kewangan berkenaan.

 

Soalan :

Institusi kewangan/agensi manakah yang bersetuju untuk menjadi pemegang gadaian kedua bagi pembiayaan bersama  (PB 2)?

 

Jawapan :

Sila rujuk senarai yang dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

 

Soalan :

Bagaimana untuk membuat permohonan pembiayaan bersama (PB 2) dengan pasangan yang bekerja sektor swasta?

 

Jawapan :

Pemohon boleh membuat permohonan pembiayaan bersama melalui permohonan atas talian. Pemohon juga boleh merujuk kepada garis panduan LPPSA. Pemohonan harus dikemukakan kepada LPPSA terlebih dahulu.

 

Soalan :

Apakah dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan bersama?

 

Jawapan :

i. Sijil nikah/ perkahwinan (sekiranya pasangan suami/isteri);

ii. Sijil kelahiran anak (sekiranya pasangan ibu-bapa/anak).

 

Soalan :

Adakah pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada institusi pembiaya bersama terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kepada LPPSA?

 

Jawapan :

Tidak. Permohonan pembiayaan bersama daripada LPPSA perlu lulus terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan dengan mana-mana institusi kewangan/ agensi yang mempunyai kemudahan pembiayaan perumahan sendiri.

 

Soalan :

Adakah pemohon boleh menggunakan peguam yang berlainan bagi urusan dokumentasi pembiayaan bersama?

 

Jawapan :

Tidak boleh. Pemohon diwajibkan menggunakan peguam yang sama bagi urusan dokumentasi pembiayaan.

 

Soalan :

Bilakah tarikh permohonan pembiayaan bersama akan dilaksanakan?

 

Jawapan :

1 Januari 2018

 

Soalan :

Siapa yang perlu dihubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pembiayaan bersama?

 

Jawapan :

Pusat Panggilan Utama LPPSA : 03-8880 1600 atau ke Kaunter Pusat LPPSA

 

Go to top