Insurans/ Takaful – Perlindungan Insurans / Takaful

 

Adakah pemohon boleh memilih perlindungan insurans (konvensional) bagi Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi)?
Tidak. Pemohon yang mengambil pembiayaan SPPSAi diwajibkan mengambil perlindungan takaful manakala pemohon yang mengambil pembiayaan Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (SPPSA) diwajibkan mengambil perlindungan insurans (konvensional).

Adakah pemohon wajib menggunakan perkhidmatan Financing Executive (FE)?
Perkhidmatan Eksekutif Pembiayaan atau FE adalah merupakan pilihan dan tidak diwajibkan kepada pemohon untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Adakah peminjam dibenarkan untuk menukar panel insurans/takaful selepas kelulusan pembiayaan dibuat?
Tidak. Peminjam tidak dibenarkan menukar panel insurans/takaful selepas kelulusan pembiayaan dibuat.

Bagaimanakah pengiraan premium Polisi Perlindungan Gadai Janji (MRTA/MRTT) dan Polisi Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHO) dibuat?
Pengiraan premium MRTA/MRTT adalah berdasarkan umur, jantina dan jumlah pembiayaan peminjam manakala pengiraan premium LTHO adalah berdasarkan anggaran bina semula bangunan atau amaun penilaian harta oleh JPPH.