Pembiayaan Pertama & Kedua

 

Sekiranya peminjam mempunyai baki kelayakan sebanyak RM200,000, adakah peminjam boleh memohon pembiayaan perumahan kali kedua untuk membeli hartanah baru sebanyak RM150,000 dan baki RM50,000 lagi untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah?
Tidak boleh. Bagi permohonan pembiayaan kali kedua, peminjam hanya dibenarkan untuk memilih sama ada untuk membeli hartanah atau kerja ubahsuai rumah sahaja dan ianya tertakluk kepada syarat pembiayaan kedua.

Bagi pembiayaan bersama, bolehkah suami/isteri yang telah menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya membuat pembiayaan kedua sekiranya akaun pasangan masih mempunyai baki pembiayaan?
Boleh.

Apakah syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang memohon pembiayaan kedua?
a) Baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya. b)Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.

Bolehkah peminjam mencagarkan hartanah yang dibeli melalui pembiayaan perumahan LPPSA kepada bank bagi tujuan mencukupkan wang beza?
Tidak boleh.

Bolehkah peminjam memohon pembiayaan pertama dan kedua untuk membina rumah atas lot tanah yang sama?
Tidak boleh kerana pembiayaan perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.

Sekiranya peminjam telah menyelesaikan pembiayaan pertama dan mencagarkan harta tersebut kepada bank bagi tujuan peribadi, adakah permohonan pembiayaan kedua dibenarkan bagi menebus hutang pembiayaan dengan bank berkenaan.
Tidak boleh.

Sekiranya pasangan peminjam meletak jawatan, adakah peminjam layak mengambil pembiayaan perumahan LPPSA bagi menyelesaikan baki hutang pembiayaan pasangannya.
Boleh dipertimbangkan dengan syarat pasangan peminjam bersetuju untuk memindahmilik harta sekurang-kurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama peminjam.

Bolehkah peminjan mengambilalih pembiayaan pasangan yang meletak jawatan sekiranya bayaran berperingkat belum dikeluarkan 100% atau rumah masih belum siap.
Tidak boleh. 

Sekiranya suami/isteri memilih untuk bersara pilihan, adakah pasangannya layak untuk mengambilalih pembiayaan perumahannya?
 Boleh dipertimbangkan.

Bolehkah pembiayaan perumahan yang terlibat dengan projek terbengkalai/bermasalah yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)/ Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)/ Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang mana berkaitan dibatalkan dan peminjam memohon pembiayaan perumahan yang baru untuk membeli rumah lain.
 Boleh dipertimbangkan.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan bagi membeli tanah yang mana di atasnya ada apa-apa bentuk binaan rumah kediaman?
Tidak boleh.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli rumah yang dibangunkan di atas tanah individu lain?
Boleh, dengan syarat penjanjian jualbeli rumah ditandatangani oleh tiga (3) pihak iaitu tuan tanah, pembeli dan penjual/ pemaju atau mengemukakan surat wakil kuasa daripada tuan tanah.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli tanah dan membina rumah secara serentak?
Tidak. Permohonan pembiayaan beli tanah hendaklah dikemukakan terlebih dahulu. Permohonan pembiayaan bina rumah boleh dimohon setelah Arahan Potongan Gaji untuk pembiayaan tanah telah dikeluarkan.

Pemohon telah membeli sebidang tanah melalui pembiayaan perumahan Jenis 4. Bolehkah pemohon membuat permohonan pembiayaan perumahan kali kedua bagi membeli harta baru?
Boleh, dengan syarat perlu menyelesaikan hutang pembiayaan tanah yang terdahulu.

Pemohon telah membeli sebidang tanah melalui pembiayaan perumahan Jenis 4 secara konvensional (SPPSA). Bolehkah pemohon mendapatkan pembiayaan membina rumah (Jenis 6) dengan menggunakan pembiayaan secara Islamik (SPPSAi)?
Tidak.

Berapa lamakah tempoh maksimum bagi pembiayaan membina rumah (Jenis 6) setelah permohonan pembiayaan bagi membeli tanah (Jenis 4) diluluskan?
Tempoh bagi pembiayaan jenis 6 adalah a) 360 bulan; atau b) sehingga umur 90 tahun bagi skim pencen/ tamat perkhidmatan bagi skim KWSP; atau mana-mana terdahulu termasuk tempoh bayaran balik pembiayaan Jenis 4 yang telah digunakan.