Pengiraan Kelayakan

Bagaimanakah kaedah pengiraan had kelayakan pembiayaan perumahan dibuat?
Kaedah pengiraan had kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  2. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

*Contoh pengiraan kelayakan adalah seperti di bawah:

Slip Gaji

 

 

Pengiraan

Nota:

  • Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.
  • Amaun pembiayaan  yang  diluluskan  adalah  tertakluk kepada amaun yang terendah  di antara berikut:
  1. −     harga hartanah;
  2. −     penilaian JPPH;
  3. −     amaun yang dimohon; atau
  4. −     kelayakan maksimum pemohon.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan bersih?
Pendapatan bersih dibawah tafsiran LPPSA merujuk kepada: Gaji Pokok + Elaun Tetap yang diambilkira – Potongan Wajib

Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran yang diterima secara bertempoh?
Bayaran yang diterima secara bertempoh antaranya seperti berikut:

  1. Bayaran tunggakan gaji.
  2. Elaun tanggung kerja.
  3. Elaun lebih masa.
  4. Bantuan Khas Kewangan.

dan lain-lain bayaran/elaun yang ditetapkan oleh LPPSA (jika ada).

Apakah jenis elaun tetap yang diambilkira?
Elaun tetap yang diambilkira adalah seperti berikut:

  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).
  2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).
  3. Imbuhan Tetap Keraian (ITK).
  4. Imbuhan Tetap Khidmat Tentera (ITKT).
  5. Imbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU).
  6. Elaun Perumahan Wilayah (EPW).
  7. Elaun Memangku.
  8. Bantuan Sara Hidup (COLA).
  9. Bayaran Insentif Wilayah (BIW).
  10. Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM).
  11. Bayaran Insentif Sabah/ Sarawak (BISS).

Apakah jenis potongan wajib yang diambilkira?
Potongan wajib yang diambilkira adalah seperti berikut:

  1. KWSP/ EPF.
  2. PERKESO/ SOCSO.
  3. Cukai Pendapatan.
  4. Arahan Mahkamah.
  5. Arahan Mahkamah Syariah.
  6. Bayaran Balik Gaji.
  7. Bayaran Pinjaman Perumahan Persekutuan/ Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun.

Apakah jenis potongan lain yang tidak diambilkira?
Antara jenis potongan lain yang tidak diambilkira adalah seperti berikut:

  1. Potongan Zakat.
  2. Potongan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  3. Potongan Bersifat Tabungan/ Simpanan (seperti Caruman ASB/ simpanan Lembaga Tabung Haji/ Sijil Simpanan Premiun Nasional (SSPN)).

Adakah pengiraan had kelayakan baharu ini turut dikuatkuasakan ke atas pemohon daripada mana-mana badan berkanun/ pihak berkuasa tempatan yang tidak tertakluk kepada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)?
Semua permohonan pembiayaan perumahan sektor awam akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria pengiraan had kelayakan terkini.

Adakah LPPSA akan mengambilkira potongan luar selain yang tertera dalam slip gaji?
Tidak.

Adakah kaedah pengiraan had kelayakan ini selaras dengan Surat Edaran JPA bertarikh 13 November 2017 mengenai Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan Bagi Pengiraan Pendapatan Bersih Penjawat Awam?
Ya.