Proses Cagaran Hartanah – (Pre-Disbursement)

 

Apakah perbezaan di antara cagaran gadaian dan cagaran penyerahan hak?
Cagaran gadaian adalah tatacara cagaran yang digunakan bagi hartanah yang sudah mempunyai Hakmilik Individu/ Strata manakala cagaran penyerahan hak adalah tatacara cagaran yang digunakan bagi hartanah yang belum mempunyai Hakmilik Individu/ Strata.

Apakah yang dimaksudkan dengan jenis gadaian/penyerahan hak pihak pertama (1st party) dan pihak ketiga (3rd party)?
1st party bermaksud pemilik hartanah dan pelanggan/peminjam adalah pihak yang sama manakala 3rd party adalah keadaan dimana tidak semua pemilik hartanah (sekiranya lebih dari satu) mengambil pembiayaan dengan LPPSA. 

Adakah LPPSA menyediakan surat iringan standard yang perlu diguna pakai oleh pihak peguam bagi tujuan menghantar dokumen untuk ditandatangani oleh wakil kuasa LPPSA atau bagi tujuan pengeluaran wang pembiayaan?
Ya, LPPSA menyediakan surat iringan standard yang perlu diguna pakai oleh pihak peguam bagi kedua-dua tujuan di atas dan boleh dimuat turun daripada Sistem Juris Credit. 

Adakah dokumen pembiayaan LPPSA dikenakan duti setem dibawah akta setem 1949?
Semua dokumen berkaitan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA telah mendapat pengecualian duti setem. Walau bagaimanapun, peguam diminta untuk mendapatkan pengecualian dari pejabat setem yang berkenaan.

Bilakah wang beza perlu dijelaskan oleh pelanggan?
Wang beza mesti dijelaskan kepada pihak penjual sebelum pihak peguam menghantar surat nasihat pengeluaran wang pembiayaan (advice to release).

Apakah nombor talian bantuan jika pihak peguam menghadapai kesukaran dalam pengunaan sistem Juris Credit?
Nombor talian bantuan Juris Credit ialah 03-27238666.

Berapa lama tempoh yang diambil oleh LPPSA untuk membuat semakan dan seterusnya menandatangani borang cagaran yang dihantar oleh pihak peguam?
Dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh dokumen diterima.

Di manakah pihak peguam boleh mendapatkan salinan borang cagaran yang perlu disediakan untuk pembiayaan LPPSA?
Borang cagaran boleh dimuat turun daripada sistem Juris Credit bedasarkan Surat arahan (Letter of instruction) yang dikeluarkan oleh LPPSA.

Apakah peguam harus lakukan sekiranya dokumen cagaran dipulangkan tanpa tandatangan wakil kuasa LPPSA disebabkan PA Execution Snag?
Pihak peguam mesti menunggu pengembalian dokumen cagaran sebelum melakukan pembetulan yang diperlukan didalam borang cagaran dan sistem Juris Credit.

Bagaimana pihak peguam diberitahu bila dokumen cagaran telah sedia untuk dikutip di Kaunter Pusat LPPSA?
Email notifikasi akan dihantar kepada pihak peguam . Pemberitahuan tersebut perlu dicetak dan ditunjukkan kepada pegawai yang berkenaan semasa mengutip dokumen tersebut.

Di mana pihak peguam boleh mendapatkan butiran nombor pendaftaran untuk wakil kuasa LPPSA?
Butiran tersebut boleh didapati di laman web rasmi LPPSA.

Wakil Kuasa LPPSAhttp://www.lppsa.gov.my/v2/power-of-attorney/

Apakah dokumen yang diperlukan ketika mengemukakan nasihat pengeluaran wang?
Pihak Peguam boleh merujuk templat standard LPPSA yang terdapat di system Juris Credit.

Berapa lama tempoh LPPSA membuat pembayaran kepada pihak berkepentingan yang berkenaan?
Dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh dokumen nasihat pengeluaran wang yang lengkap diterima oleh LPPSA. Pemberitahuan melalui e-mel akan dihantar kepada pihak berkepentingan bila pembayaran dibuat.

Bilakah yuran guaman akan dibayar kepada peguam? (Hanya untuk yuran guaman yang dibiayai oleh LPPSA sahaja)
Untuk kes di mana harta dicagar di bank, yuran guaman akan dikreditkan ke dalam akaun peguam setelah menerima nasihat pengeluaran wang kedua. Sekiranya harta tanah tidak dicagarkan, pembayaran atas yuran guaman akan dibuat atas nasihat pengeluaran wang pertama.

Bolehkah peguam membuat nasihat pengeluaran wang kepada LPPSA berdasarkan resit perserahan?
Boleh.

Apakah yang harus dilakukan oleh pihak peguam jika mendapati kes yang diterima berada di tahap AR Received 1 Snag/AR Received 2 Snag didalam sistem Juris Credit?
Pihak Peguam mesti membalas persoalan melalui Follow Up Reply dalam sistem Juris Credit dan memberikan dokumen yang diminta.