Peraturan Am Permohonan Pembiayaan

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli rumah kedai?
 Permohonan pembiayaan untuk membeli rumah kedai dibenarkan dengan syarat rumah kedai tersebut mempunyai ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

Adakah LPPSA membenarkan penilaian semula dibuat ke atas hartanah setelah pemohon menjawab Surat Setuju Terima?
Tidak

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir?
 Permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir dibenarkan dengan syarat pemohon menyertakan 2 perjanjian yang berasingan bagi pembelian apartment yang mempunyai lot parkir secara berasingan. Sekiranya pembelian apartment yang mempunyai lot parkir di bangunan yang sama, maka 2 perjanjian tersebut tidak diperlukan.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian?
 Permohonan pembiayaan (individu) untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian dibenarkan. Bagi permohonan pembiayaan bersama, syarat keluasan tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965/ Ordinan Tanah Sabah (Sabah Cap 68)/ Kanun Tanah Sarawak 1958 dan syarat/ peraturan Pejabat Tanah dan Galian peringkat Negeri.

Berapa lamakah proses kelulusan bagi membeli harta daripada penjual yang masih berhutang dengan LPPSA (Pembelian secara Kontra)?
Tempoh kelulusan adalah 3 hari bekerja.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan secara individu bagi membeli hartanah yang mempunyai dua nama dalam perjanjian jual beli?
Boleh

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan bagi membeli rumah kos rendah dalam pembinaan serta memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan?
Permohonan pembiayaan bagi membeli rumah kos rendah dibenarkan kepada pemohon daripada Kumpulan Sokongan II dengan syarat Perjanjian Jual Beli rumah kos rendah dan Perjanjian Kontrak untuk kerja tambahan dikemukakan serentak bersama dengan Borang Permohonan Pembiayaan. Permohonan kerja tambahan perlu dibuat serentak dengan pembinaan rumah dan amaun pembiayaan untuk kerja tambahan yang dibenarkan tidak melebihi RM20,000.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik pembiayaan?
Tidak boleh

Apakah perbezaan di antara Pembiayaan Jenis 1 (Rumah Siap) dan Jenis 1 (Sekunder Strata/ Individu) dan Jenis 1 (Sekunder Assignment)?
 Pembiayaan Jenis 1 adalah pembiayaan bagi membeli hartanah yang telah siap dan proses permohonan pembiayaan adalah sama tidak mengira status hakmilik hartanah tersebut. Perbezaan hanya melibatkan penggunaan dokumen sekuriti yang berbeza dalam proses cagaran seperti dinyatakan dalam lampiran yang berkenaan.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli petak rumah kediaman yang telah siap tetapi Hakmilik Strata masih belum dikeluarkan?
 Boleh, permohonan pembiayaan boleh dibuat di bawah syarat pembelian harta sekunder assigment. Namun, pembeli tidak dibenarkan menjual petak rumah tersebut kepada pihak ketiga sehingga Hakmilik Strata dikeluarkan.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli petak rumah kediaman yang telah siap dan Hakmilik Strata telah dikeluarkan tetapi nama penjual masih belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam hakmilik tersebut?
 Boleh, permohonan pembiayaan boleh dibuat di bawah syarat pembelian harta sekunder gadaian.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan bagi menyelesaikan baki hutang bank (Jenis 5) ke atas hartanah yang mempunyai dua nama?
Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Pemohon telah membeli hartanah melalui pembiayaan Bank dan berhasrat untuk menyelesaikan baki hutang pembiayaan bank melalui pembiayaan perumahan LPPSA. Adakah pemohon layak untuk membuat permohonan pembiayaan jika: i) Hakmilik Individu/ Strata belum dikeluarkan?. ii)Hakmilik Individu/ Strata telah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik kepada nama pemohon & dicagar kepada Bank?
i) Boleh, dengan syarat bayaran hartanah 100% telah dikeluarkan oleh Bank kepada pemaju.  ii) Tidak

Apakah dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan membeli hartanah lelongan LPPSA dan berapa lama dokumen yang lengkap tersebut perlu dikemukakan kepada LPPSA?
 Dokumen tambahan yang diperlukan adalah:

  1. Kontrak jualan daripada mahkamah/ pejabat tanah; atau
  2. Surat pengesahan daripada pentadbir tanah yang mengesahkan pemohon berjaya dalam lelongan.

Dokumen tersebut perlu dikemukakan selepas lelongan berjaya.

Apakah perbezaan di antara skim pembiayaan perumahan Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (SPPSA) dengan Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi)?
Skim Pembiayaan Perumahan SPPSA adalah skim pembiayaan secara konvensional. Manakala Skim Pembiayaan Perumahan SPPSAi adalah skim pembiayaan secara Islamik.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli hartanah antara adik beradik?
Ya, permohonan pembiayaan untuk membeli hartanah antara adik beradik adalah dibenarkan.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membina rumah di atas tanah kepunyaan pasangan?
Permohonan pembiayaan untuk membina rumah di atas tanah kepunyaan pasangan dibenarkan dengan syarat pasangan adalah pemilik bersama tanah tersebut.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan bagi membeli hartanah kepunyaan ibu/ bapa yang masih di bawah pembiayaan LPPSA?
Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan bagi membeli hartanah kepunyaan ibu/ bapa yang masih di bawah pembiayaan LPPSA?
Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.