Syarat Kelayakan Pembiayaan

Bilakah tarikh akhir untuk seseorang pemohon mengemukakan permohonan pembiayaan perumahan sebelum bersara atau tamat perkhidmatan?
Setiap orang yang layak mesti mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan dan diterima oleh LPPSA sebelum tarikh akhir bersara atau tamat perkhidmatan.

Adakah pemohon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan layak untuk memohon pembiayaan perumahan sektor awam?
Tidak. Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.

Adakah pemohon yang berkhidmat secara kontrak layak untuk memohon pembiayaan perumahan sektor awam?
Tidak layak.