SOALAN LAZIM YURAN GUAMAN

Menyenaraikan soalan yang berkaitan dengan Yuran Guaman

Apakah yang dimaksudkan dengan pembiayan kos yuran guaman sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA?
LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan sahaja dan ianya akan diambilkira sebagai dalam jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh LPPSA.

Adakah semua kos yuran guaman dalam transaksi pembelian rumah akan dibiayai oleh LPPSA?
Tidak, LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan sahaja. Kos yuran guaman berkaitan perjanjian jual beli (SPA) dan kos pindah milik adalah tidak termasuk dalam skop pembiayaan LPPSA.

Adakah pemohon boleh memasukkan bayaran kos yuran guaman selain daripada yang berkaitan dengan penyediaan dokumentasi dalam jumlah pemohonan?
Tidak. Kos yuran guaman yang tidak termasuk dalam jumlah pembiayaan adalah berikut:
i. Yuran urusan jual beli ( SPA/S&P )
ii. Kos pindah milik ( Memorandum of Transfer )
iii. Kaveat
iv. Setem Duti
v. Surat Akuan Sumpah ( Statutory Declaration )

Bilakah yuran guaman sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA termasuk yuran guaman ini berkuatkuasa?
1 Januari 2018

Bagaimanakah proses pemohonan pembiayaan yuran guaman dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan?
Pemohon perlu mendapatkan sebutharga daripada peguam dan mengemukakan sebutharga tersebut dengan menggunakan template sebutharga kos yuran guaman yang disediakan oleh LPPSA dan dikemukakan bersama pemohonan.

Adakah LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan yang disediakan oleh peguam panel LPPSA sahaja?
LPPSA akan membiayai kos yuran guaman dokumentasi pembiayaan yang diuruskan oleh semua peguam sama ada panel LPPSA atau sebaliknya.

Adakah yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan ini termasuk dalam jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh LPPSA?
Ya

Adakah pembiayaan yuran guaman termasuk dalam pengiraan jumlah had kelayakan pembiayaan?
Ya

Adakah yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan ini termasuk dalam jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh LPPSA?
Tidak

Bolehkah pemohon memilih untuk membayar sendiri yuran guaman?
 Boleh kerana pembiayaan kos yuran guaman adalah satu pilihan kepada pemohon.

Bagaimanakah sekiranya kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan sebenar tidak sama dengan kos yang telah diluluskan oleh LPPSA?
Jika anggaran kos yuran guaman dimohon adalah lebih rendah daripada kos yuran guaman sebenar, pemohon perlu menyelesaikan wang beza tersebut terlebih dahulu.
Jika anggaran kos yuran guaman dimohon adalah lebih tinggi daripada kos yuran guaman sebenar, wang beza tersebut akan dianggap sebagai lebihan bayaran dan akan dikembalikan kepada pemohon setelah selesai pembiayaan setelah mengambilkira hutang (owing), sekiranya ada