Bengkel Penggubalan Pelan Integriti LPPSA

Bengkel Penggubalan Pelan Integriti LPPSA telah diadakan pada 6-8 April 2018 (Jumaat sehingga Ahad) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah seperti berikut:

  • Mengenalpasti masalah dan isu integriti yang boleh menyebabkan pelaksanaan visi dan misi LPPSA atau penyampaian perkhidmatan yang kurang berkesan dan boleh menjejas reputasi LPPSA;
  • Mengumpul masalah dan isu yang telah dikenalpasti;
  • Menyusun mengikut keutamaan bagi tujuan menyediakan pelan tindakan untuk mengatasi kelemahan;
  • Menggubal draf Pelan Integriti LPPSA; dan
  • Membentang kepada fasilitator untuk ulasan.