Ceramah Khas Pencegahan Rasuah

Satu sesi Ceramah Khas Pencegahan Rasuah telah dijalankan pada 18/9/2018 bertempat di Dewan Utama LPPSA yang terdiri daripada sebahagian warga LPPSA. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan LPPSA tentang jenayah rasuah dan akibat dari perbuatan rasuah serta langkah-langkah bagi mencegah keterlibatan dalam jenayah ini. Ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Izham bin Ibrahim, Ketua Penolong Kanan Penguasa dari Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM.