Ceramah Perkongsian Integriti oleh Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamed

Ceramah Perkongsian Integriti telah diadakan pada 18 Januari 2018 bertempat di Dewan Utama LPPSA. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamed dan dihadiri oleh pegawai-pegawai LPPSA. Objektif ceramah adalah untuk mendapatkan pengetahuan mengenai nilai-nilai integriti dari sudut pandangan Islam serta membantu mengukuhkan nilai-nilai murni dan membudayakan kesedaran integriti dalam kalangan warga LPPSA.