Malaysia Integrity Profile (MIP)

Malaysia Integrity Profile (MIP) merupakan satu ujian psikometrik yang dilaksanakan secara umunya untuk menganalis ciri-ciri psikologi dan tingkah laku seseorang individu, untuk menilai atau meramal keupayaan mereka dalam situasi tertentu atau untuk membantu dalam mengenalpasti kategori individu tersebut. Dapatan dari keputusan MIP boleh digunakan untuk penempatan tugas dan perkembangan kerjaya. Ujian ini dilaksanakan kepada semua warga LPPSA mengikut siri iaitu Siri Pertama yang melibatkan semua pegawai pengurusan tertinggi, Ketua-Ketua Jabatan, Pengurus, Penolong Pengurus serta kakitangan di jabatan yang berisiko tinggi yang diadakan pada tarikh 21/2/2018 bertempat di Bilik Latihan ICT, LPPSA.

Manakala, Siri Kedua dijalankan ke atas semua pegawai eksekutif kanan dan eksekutif pada tarikh 4-7 Jun 2018. Akhir sekali, MIP Siri Ketiga dilaksanakan untuk semua pegawai bukan eksekutif ke bawah serta pentadbir dan pegawai bukan perkeranian pada 3-5 Disember 2018.

Consultant dari Institut Integriti Malaysia

Taklimat mengenai Malaysia Integrity Profile kepada para peserta

Ujian Malaysia Integrity Profile