Pertandingan Dikir Barat Sempena Sambutan Hari Integriti LPPSA 2017

Satu pertandingan dikir barat telah diadakan di Dewan Utama LPPSA pada 18 Disember 2017 yang disertai oleh pegawai LPPSA dari setiap bahagian. Antara wakil bahagian yang menyertai pertandingan tersebut adalah daripada Bahagian Perancangan Korporat dan Strategi, Bahagian Kewangan dan Perbendaharaan, Bahagian Operasi dan Bahagian Perkhidmatan Korporat. Juri professional luar iaitu Encik Mohd Sulhie bin Yusuf dari Akademi Dikir Barat Arjunasukma, En Mohd Khairul Bin Zainal Abidin dan En Adidi Tamin; Pegawai Kebudayaan, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian UPM telah dijemput untuk mengadili pertandingan tersebut. Pemenang tempat pertama Pertandingan Dikir Barat telah dimenangi oleh Bahagian Perkhidmatan Korporat. Tahniah diucapkan.