Sambutan Hari Integriti LPPSA 2018

Sambutan Hari Integriti LPPSA 2018 telah diadakan pada 22/11/2018 (Khamis) bertempat di Main Auditorium, Kementerian Kewangan. Tema yang dipilih bagi meraikan Sambutan Hari Integriti pada tahun ini adalah “Integriti Dibina, Rasuah Dihina”. Peserta yang hadir terdiri daripada warga LPPSA serta Ahli Lembaga Pengarah LPPSA sebagai tetamu kehormat.  Pada majlis tersebut turut diadakan satu perasmian Buku Pelan Integriti LPPSA yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Kamal bin Mohd Ali selaku Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA. Sesi forum juga turut diadakan dengan tajuk “Integriti Mantap Pekerja Cekap Pelanggan Tak Sentap”. Forum itu telah dibarisi oleh ahli panel yang hebat dan berpengalaman seperti YBhg. Dato’ Abdul Razak bin Musa, YBhg. Datuk Anis Yusal bin Yusoff dan YBhg. Dato’ Hajjah Sutinah Sutan serta dipimpin oleh moderator terkenal iaitu Saudara Amin Idris.

Antara objektif Sambutan Hari Integriti LPPSA 2018 adalah seperti berikut:

  • Memantapkan integriti dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan isu-isu integriti dalam kalangan warga LPPSA;
  • Menyebarluaskan mesej-mesej integriti dan kepentingan integriti dalam penyampaian perkhidmatan; dan
  • Mewujudkan budaya kerja berintegriti di LPPSA