Seminar Pelan Tindakan Integriti dan Anti-Rasuah dalam Kerangka Hala Tuju Malaysia Baharu

Tarikh: 13-14 November 2018

Tempat: Hotel Mudzaffar Melaka

Anjuran: Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) dengan Kerjasam Institut Integriti Malaysia

Jabatan Integriti telah menghadiri satu Seminar Pelan Tindakan Integriti dan Anti-Rasuah dalam Kerangka Hala Tuju Malaysia Baharu pada 13-14 November 2018. Tujuan utama simposium ini diadakan adalah untuk memberikan panduan,kefahaman dalam menggubal Pelan Integriti Organisasi (PIO) yang baharu agar ianya selaras dengan keperluan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Selain itu, ianya juga turut memberi penekanan kepada pengurusan anti-rasuah dalam menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan dan pengukuhan integriti agar lebih tersusun, terarah dan sistematik.