Winners for Integrity Crossword Quiz Competition

Integrity Crossword Quiz Competition telah diadakan pada 25 hingga 29 Oktober 2021 di LPPSA. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman warga LPPSA berkenaan integriti. Selain itu, kuiz ini juga turut memberi kesedaran mengenai nilai teras dan polisi-polisi integriti yang terdapat di LPPSA. 10 pemenang bertuah telah terpilih berdasarkan jawapan yang tepat serta slogan yang terbaik. Para pemenang terdiri daripada pelbagai jabatan iaitu Jabatan Audit Dalaman, Cagaran, Proses, Perundangan dan Kesetiausahaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pemantauan dan Pemulihan dan Kredit Admin.  Tahniah diucapkan kepada para pemenang.